Followers

Monday, September 14, 2009


mengenai isu yang dibobrokkan oleh um-today ....


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

UM-TODAY semakin menampakkan kegersangan idea untuk mempromosikan laman tersebut yang sekarang ini diisikan dengan siri-siri fitnah terhadap kolej-kolej kediaman UM. Keterdesakan publisiti murahan yang dibuat mereka semakin menjadi-jadi. Kini, Pengetua Kolej Kediaman Ketiga Profesor Madya Dr Sharifuddin Zainuddin pula yang menjadi mangsa.

Benar, beliau jarang turun ke program-program, namun kekangan kesihatan yang dialami oleh Dr Sharifuddin dan isteri menyebabkan beliau tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kolej. Kami di pihak mahasiswa KK3 amat memahami kesulitan yang dihadapi oleh beliau dan isteri. Disebabkan oleh itu, beliau sering meminta bantuan Penyelia-penyelia untuk mewakilkan beliau ke program-program. Kami percaya beliau merupakan seorang pengetua yang bertanggungjawab dan tidak lepas tangan terhadap tugas-tugas beliau kerana beliau masih menjalankan tugas-tugas pengetua dengan baik. Percayalah jika tiada kekangan kesihatan beliau pasti tidak akan rasa penat untuk turun dan turut serta dalam setiap program kerana dahulu beliau dikenali sebagai seorang pengetua yang mesra pelajar.

Isu tentang kewangan kolej yang misteri yang digembar-gemburkan oleh um-today tidak perlu dijelaskan kerana ia adalah isu lapuk yang sering difitnahkan kepada KK3 setiap kali tiba Pilihanraya kampus. Defisit yang berlaku adalah disebabkan kenaikan harga barang mentah di pasaran semasa dan perkara ini berlaku di setiap kolej yang mempunyai dewan makan. Cuba bayangkan setiap pelajar hanya membayar RM 3.50 untuk 3 kali makan setiap hari. Tapi tidak hairanlah jika um-today tidak mengetahui perkara sebenar, kerana mereka tidak cuba langsung untuk memahami ketika tinggal di kolej semasa tahun pertama!.

Projek pendawaian blok C yang dilakukan di KK3 adalah tiada kaitan langsung dengan body Pengetua KK3. Projek tersebut adalah di bawah kendalian sepenuhnya JPPHB yang mana menukar tarikh pengubahsuaian semasa tempoh belajar.

Akhir sekali, saya mengharapkan um-today menghentikan semua fitnah-fitnah yang hanya menonjolkan lagi kelemahan kalian, tapi menguatkan lagi perpaduan di antara kami!. Tidak perlu saya mengulas panjang kerana kami tidak akan terjerumus ke dalam kancah fitnah anda. Kepada Mahasiswa-mahasiswi KK3 yang disayangi, selidiklah dahulu khabar-khabar angin yang datang kerana saya percaya anda semua adalah mahasiswa/i yang bijak menilai!. Jika anda mempunyai masalah teruslah merujuk kepada JIKJTK, tidak perlulah menyumbangkan modal kepada um-today yang hanya pandai memfitnah dan beromong-omong kosong.

Kepada um-today, kami meminta anda membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Profesor Madya Dr Sharifuddin Zainuddin diatas fitnah yang dilontarkan kepada beliau.

Menjana Mentaliti Intelektual

Hidup Mahasiswa!

Muhamad Zaim Mohamed Nor

Presiden Kolej Kediaman Ketiga

Monday, September 7, 2009


Hari ini 7 September bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-‘Alaq:1-5)
Selamat Menyambut Nuzul al-Quran kepada seluruh muslimin dan muslimat khususnya kolej kediaman ketiga dan juga seluruh umat islam di seluruh pelusuk dunia...

Wednesday, September 2, 2009

pengumuman!!!!!


perhatian kepada semua warga kurshiah ,pada hari sabtu ini 5 oktober kolej kediaman ketiga akan mengalami gangguan bekalan elektrik dari pukul 7 pagi sehingga pukul 7 malam atau berlarutan ke lewat malam ....ini disebabkan oleh proses penggantian semula generator elektrik oleh pihak kontrektor ....kami bagi pihak jik jtk memohon maaf atas kesulitan ini.

Proses ini adalah untuk kebaikan seluruh warga kurshiah khususnya kaum wanita kerana blok c akan siap tidak lama lagi.


sekian untuk makluman ,terima kasih.
JKP Kebajikan dan Kemasyarakatan kk3.

UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI MALAYA

gerak

gerak

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA