Followers

Wednesday, October 20, 2010

ISU KESELAMATAN KOLEJ KEDIAMAN UM

Pada hari ini iaitu 19/10/2010 SPKUM(Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman) telah menyertai mesyuarat keselamatan bersama MPMUM(Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya) berkaitan dengan isu-isu keselamatan yang melibatkan kampus Universiti Malaya.Pelbagai isu dan agenda yang telah disuarakan oleh kami pimpinan presiden kolej-kolej kediaman berkaitan isu keselamatan yang berlaku di kolej kediaman universiti Malaya termasuk Isu-isu keselamatan yang melibatkan warga kampus Universiti Malaya.

Perkara pertama yang telah disuarakan oleh pimpinan mahasiswa kepada pihak keselamatan adalah berkaitan CCTV yang terdapat dalam kampus Universiti Malaya ini dan sejauh manakah fungsi dan peranan CCTV ini dari sudt keberkesananya.Jawapan yang telah diberikan oleh wakil Pengarah Keselamatan Universiti Malaya iaitu En Izhar berkaitan isu CCTV ini adalah pertamanua tujuan pemasangan CCTV di Universiti Malaya ini adalah untuk tujuan mencegah dan penyiasatan.Pihak keselamatan hanya bertanggungjawab kepada CCTV yang tiada penghuni(no mans land) ataupun pihak ptj,fakulti ataupun kolej yang bertanggungjawab terhadap CCTV masing-masing.Menurut beliau CCTV mula dipasang di sekitar kampus Universiti Malaya ini pada tahun 2004 dengan kos berjumlah RM 1.5 MILION.Terdapat 28 kamera CCTV di kawasan sekitar Universiti Malaya yang dikawal oleh pihak keselamatan manakala selebihnya adalah dipertanggungjawabkan kepada PTJ,FAKULTI dan KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN.Beliau sendiri mengakui kelemahan CCTV yang berada di Universiti Malaya ini yang mana kurang sesuai dan tidak banyak membantu.Sekarang pihak keselamatan masih dalam usaha meminta peruntukan daripada Naib Canselor Univerisiti Malaya untuk menggantikan CCTV yang sedia ada kepada yang baru dan lebih canggih.Pihak keselamatan menyatakan sebelum ini CCTV ini dikawal selia oleh Pusat Teknologi Maklumat(PTM) tetapi telah diambil alih oleh pihak keselamatan kerana memang bukan tanggungjawab PTM untuk mengawal selia CCTV ini.

Perkara yang telah dibangkitkan oleh Penulis yang juga presiden SPKUM,menyatakan bahawa CCTV yang terdapat di Universiti Malaya tidak diletakkan di tempat yang strategik,malahan berada di kawasan yang sememangnya tidak sesuai sekali.Justeru,kebanyakan kes-kes yang berlaku di Universiti Malaya ini tidak dapat diselesaikan melalui CCTV kerana kelemahan ini.Pegawai keselamatan turut mengakui perkara yang telah dinyatakan ini,dan akan cuba memperbaiki keadaan ini,kerana menurut beliau pihak Kolej atau fakulti tidak berbincang dengan pihak keselamatan terlebih dahulu sebelum memasang CCTV ini.Selain itu,penulis memohon supaya di letakkan CCTV ini di kawasan-kawasan panas terutama di parking-parking motosikal yang sentiasa mengalami kes kecurian.

Perkara kedua yang dibincangkan adalah isu pelekat kenderaan,sejauh manakah keberkesanan pelekat kenderaan ini?.Perkara ini disuarakan kerana pihak keselamatan boleh mengenal pasti pelajar yang benar-benar berdaftar sebagai pelajar UM dan mengurangkan kebarangkalian orang luar untuk mengambil kesempatan melakukan jenayah di dalam Universiti ini.Tetapi masalah yang dihadapi oleh pihak keselamatan adalah masih ramai daripada pelajar Universiti Malaya yang tidak mempunyai pelekat kenderaan malahan terdapat pelajar yang menggunakan pelekat kenderaan yang tidak sah.Walaupun sesetengah pelajar mempunyai pelekat kenderaan tetapi mereka tidak membawa kad matriks.Perkara ini menyukarkan pihak keselamatan untuk mengenal pasti adakah pelajar itu adalah benar-benar pelajar yang berdaftar di Universiti Malaya.Cadangan yang di bawa dalam mesyuarat pada hari ini adalah menwartakan kembali pemakaian kad matriks kepada pelajar universiti Malaya dan mengadakan minggu keselamatan untuk semua mahasiswa di Universiti Malaya.


Perkara ketiga adalah isu kecurian motosikal yang sedang berleluasa sekarang ini di dalam kampus Universiti Malaya.Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh pihak keselamatan motor yang sentiasa menjadi sasaran pencuri adalah motor baru(HONDA EX5,YAMAHA LC 135) dan modus operandi yang dijalankan adalah pada waktu-waktu puncak.Perkara ini terjadi kerana sikap cuai pelajar itu sendiri yang mana tidak meletakkan kenderaan mereka di tempat yang sesuai dan tertinggal kunci di motosikal.Kwasan yang dikatakan panas dan menjadi sasaran kecurian motor adalah di kawasan berhampiran perpustakaan,fakulti sains dan fakulti pendidikan.Manakala kolej 12 mencatatkan keks kecurian motosikal yang tertinggi iaitu sebanyak 12 kes.sepanjang tahun ini sebanyak 32 kes kecurian motosikal yang telah dilaporkan kepada pihak keselamatan.Pihak keselamatan menyatakan pihak mereka sentiasa melakukan pemantauan dan agak sukar untuk mengenal pasti kenderaan yang keluar masuk di Univerisiti Malaya ini kerana terdapat 5 pintu masuk dan keluar di kampus ini.Pihak keselamatan menyatakan bahawa kemungkinan kes kecurian yang berlaku ini melibatkan bekas pelajar ataupun mereka yang sememangnya tahu tentang lokasi di kawasan kampus ini.menurut kajian yang telah dijalankan oleh pihak keselamatan sebanyak 1300 kenderaan yang masuk kedalam universiti malaya pada jam 8.00-9.00 pagi.Jumlah yang besar ini sememangnya menyukarkan pihak keselamatan untuk mengawal selia kenderaan yang masuk kerana akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.


Perkara yang keempat adalah isu kadar bayaran clamp kenderaan di kampus Universiti Malaya.menurut pihak keselamatan kadar maksimum untuk clamp kenderaan adalah sebanyak RM 50 .Namun jumlah ini adalah mengikut belas ihsan daripada pegawai keselamatan sendiri.Tindakan clamp kenderaan ini akan diambil sekiranya terdapat aduan daripada pihak fakulti yang mana kenderaan pelajar itu menghalang lalu lintas.Menurut apa yang telah di nyatakan oleh pihak keselamatan mereka dalam proses cadangan untuk mengurangkan kadar bayaran clamp ini kepada RM 30.Pihak keselamatan menasihatkan pelajar supaya parking ditempat yang telah disediakan.Namun pihak kami telah menyatakan bahawa ketiadaan tempat parking yang mengcukupi akan menyebabkan para pelajar terpaksa parking di kawasan yang tertentu.Justeru penambahan kawasan parking terutama di kawasan-kawasan fakulti adalah sangat diperlukan.

Perkara yang kelima adalah berkaitan keselamatan di kolej-kolej kediaman terutama di kawasan kolej kediaman ke sembilan yang mana terdapat kes ragut dan keselamatan untuk para pelajar kolej kediaman ini pulang ke kolej masing-masing.Selain itu,kedudukan kolej kediaman ini yang terletak di luar kampus memang menyukarkan pegawai keselamatan untuk melakukan pemantauan.Menurut pihak keselamatan masalah pencahayaan di jalan untuk ke kolej kediaman ke sembilan ini menjadi faktor utama walaupun pihak keselamatan telah beberapa kali menyatakan kepada pihak JPPHB UM untuk memasang lampu di kawasan berkenaan namun sehingga sekarang masih belum ada tindakan yang di lakukan.Selain itu,seksyen 17 merupakan antara kawasan panas yang sering kali berlaku kes ragut dan samun,namun setelah dipasang penghadang jalan di bebrapa tempat telah mengurangkan aktiviti itu menurut pihak keselamatan.


Perkara yang seterusnya adalah isu keselamatan yang melibatkan pekerja asing.Pegawai keselamatan akan melakukan operasi untuk memastikan pekerja asing ini tidak keluar daripada kawasan pekerjaan mereka sewenang-wenangnya.pihak keselamatan akan mengenakan tindakan kepada mereka.Perkara ini dinyatakan kerana terdapat mahasiswa yang telah membuat laporan diganggu oleh pekerja asing ini.Isu-isu lain yang dibincangkan adalah berkaitan kewujudan pegawai keselamatan yang bertindak sebagai penjaga kolej.Perkara ini masih lagi dalam peringkat kajian kerana sebelum ini memang sudah ada pegawai keselamtan yang bertanggungjawab untuk setiap kolej-kolej kediaman.Kes kecurian yang banyak berlaku di kolej kediaman ibnu sina(ke-6) telah tiada kerana aspek keselamatan telah dittik beratkan.Selain itu,isu yang diketengahkan adalah kawasan parking kolej kediaman 3,4 dan 7 yang sering berlaku kecurian dan pihak keselamatan di minta untuk kerap membuat pemantaun di kawasan itu.


Penulis juga meminta pihak keselamatan agar lebih cepat dan tangkas dalam menangani beberapa isu jenayah yang berlaku di dalam kampus ini.Sememangnya aspek keselamatan ini menjadi satu faktor dan aset yang paling utama di mana sahaja kita berada.Tanggungjawab keselamatan ini bukan sahaja terletak kepada pihak keselamatan dan mereka yang bertanggungjawab tetapi aspek keselamatan ini perlulah dicegah secara bersama di dalam asyarakat terutama golongan mahasiswa.Kerjasama yang erat antara pihak keselamatan dan mahasiswa adalah kunci yang sangat bermakna untuk kita sama-sama membanteras jenayah di kampus.Semoga kes keselamatan di kampus Universiti Malaya ini akan berkurangan untuk keselesaan seluruh mahasiswa.Namun,segalanya terletak dalam diri mahasiswa itu sendiri iaitu mereka perlulah berhati-hati dan berwaspada dalam setiap keadaan dan jangan sesekali cuai dan mendedahkan diri kepada bahaya.

Pihak keselamatan mengucapkan terima kasih kepada pimpinan pelajar yang telah menyuarakan pandangan dan pendapat mereka.Mereka berharap semoga pertemuan ini akan berterusan kerana kerjasama yang akan terjalin ini lebih memudahkan pihak keselamatan untuk mengetahui dan memantau kes-kes keselamatan yang berlaku di dalam kampus Universiti Malaya ini.


``KESELAMATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA DAN BERSAMA``

Wednesday, September 29, 2010

sekretariat presiden kolej-kolej kediaman UM


berikut merupakan poster SPKUM yang terdiri daripada presiden-presiden kolej kediaman universiti malaya sesi 2010/2011.Spkum merupakan satu badan yang bergerak secara bebas dan tidak terikat kepada mana-mana badan politik .Penubuhan SPKUM ini adalah untuk menjaga kebajikan , keharmonian dan kesejahteraan mahasiswa kolej kediaman UM ....

Monday, September 27, 2010

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya
Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah





Tempat: Laman Pidato,Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah,Universiti Malaya
Tarikh: 25 September 2010
Masa: 12-3 petang

Wednesday, September 1, 2010

Ucapan Hari Raya Dari Presiden
Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah

Universiti Malaya

Thursday, August 26, 2010

Sunday, August 22, 2010








Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin

Anjuran:
Jawatankuasa Minggu Manifestasi Kemerdekaan 2010
JKP Kenegaraan Dan Patriotik,KK3,UM
Dengan kerjasama Pegawai Jabatan Penerangan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Tempat :Dewan Makan KK3
Tarikh :22/08/2010 (Ahad)

Thursday, August 12, 2010

Kami dipihak JIK/JTK mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua Muslimin & Muslimat Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah...

Moga-moga semua dapat menjalankan ibadat ini dengan sempurnanya...

Thursday, August 5, 2010




Malam Pengenalan Projek
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Persidangan,Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah
Masa : 9.00 malam


  1. Setiap JKP & projek-projek dibawah JIK diberi peluang untuk mempromosikan dan memperkenalkan setiap program yang akan dijalakan.
  2. Disamping itu,Malam Pengenalan Projek ini diadakan bertujuan untuk menarik minat semua warga Kurshiah untuk bergiat aktif menyumbang idea dan tenaga dalam setiap program yang dianjurkan disamping memupuk semangat '1 Malaysia' dalam kalangan warga Kurshiah khususnya.

Monday, August 2, 2010

Perjumpaan Bersama Presiden Sesi 2010/2011


Tempat : Dewan Makan,KK3

Tarikh : 2 hb Ogos 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.30 mlm

Warga Kurshiah dijemput hadir bersama-sama untuk memeriahkan majlis ini...!!!
p/s:markah merit akan diberikan....

Tuesday, July 27, 2010


Kuliah Maghrib Sempena Nisfu Sya'aban

Hari :Selasa
Tarikh :27 Julai 2010
Tempat :Surau Kolej Kediaman Ketiga,Tuanku Kurshiah,Universiti Malaya

Penceramah yang dijemput khas dari Masjid Al-Sultan,Singapura.
Semua Muslimin dan Muslimat seluruh UM amnya dan warga Kurshiah khususnya yang berkelapangan dijemput hadir beramai-ramai bagi menyerikan majlis pada malam tersebut.

Tuesday, July 20, 2010

MINGGU INTERAKSI KURSHIAH'10




















Minggu Interaksi Kurshiah atau dikenali juga dengan nama MIK kali ini membawa
satu kelainan iaitu dianjurakan oleh Pembantu Mahasiswa 2010/2011 dan dipantau
oleh JIK/JTK sesi 2009/2010.

Program yang bertemakan "Bersama Ke Arah Kurshiah Gemilang" ini diharap dapat merapatkan jurang di antara pelajar 'senior' dan 'junior' disamping cuba mengcungkil
bakat terpendam pelajar-pelajar yang baru mendaftar pada sesi 2010/2011.

Tentatif program:
20/07/10 (selasa):
9.00 pm :
- Taklimat bersama Pengetua
- pengumuman JIK/JTK sesi 2010/2011
- perjumpaan kumpulan-kumpulan bertanding

21/07/10 (rabu):
5.00 pm :
- saringan pertandingan futsal dan bola jaring
8.30 pm :
- taklimat perundangan

22/07/10 (khamis):
5.00 pm :
- pertandingan futsal dan bola jaring (separuh akhir dan akhir)
9.00 pm:
- taklimat dari National Council of Blinds
- taklimat dari Malaysian AIDS Council
- taklimat dari Persatuan Orang Kurang Upaya UM

23/07/10 (jumaat):
5.00 pm:
-Sukan Rakyat
8.00 pm:
-Kurshiah's Kitchen
-Pertandingan Gubahan Kraftangan

24/05/10 (sabtu):
8.00 am:
-explorace
5.00 pm:
-Sukaneka
8.00 pm:
-BBQ
-Perlantikan JIK/JTK
-Majlis Penutup Minggu Interaksi Kurshiah'10

Sunday, July 11, 2010

Salam Perkenalan kepada semua kurshiahanz , semester baru 2010/2011 sudah bermula ...sebelum itu , saya bagi pihak bekas jikjtk kk3 sesi 2009/2010 mengucapkan jutaan tahniah kepada pelajar baru yang berjaya mendapat tempat di universiti terulung malaysia , universiti Malaya...dan juga kolej kediaman Ketiga @kurshiah...tahniah ..
Bagi pihak JIKJTK sesi 2009/2010 kami memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua penghuni kolej kediaman ketiga sepanjang kami menjalankan tugas selaku pemimpin di peringkat kolej tahun lepas.Segala salah dan silap diharapkan agar dimaafkan ...

Kepada JIKJTK baru yang bakal dilantik atau sudah dilantik , kami mengucapkan tahniah dan takziah ...dan lakukan tugas anda dengan penuh rasa tanggungjawab serta berhemah ...sekian , salam aspirasi , menjana mentaliti intelektual ...

Monday, April 19, 2010

Selamat Menempuh Peperiksaan kepada semua KUrshiahans...

salam perjuangan kepada semua warga kurshiah .....selamat menempuhi peperiksaan akhir semester ke 2 2009/2010 kami ucapkan kepada semua .Kepada pelajar final year diharapkan dapat melakukan sesuatu yang baik untuk kenangan anda bersama universiti malaya khususnya di exam hall buat kali terakhir...insyaAllah...


...apa2 pun chaiyokkk semua , good luck to all of u ...n have a nice experience ....


--------menjana mentaliti intelektual.......JIKJTK KK3 sesi 09/10....

Tuesday, March 23, 2010

FEstiVal SEni UM 2010

Festival seni universiti malaya 2010 kembali semula dengan menampilkan wajah baru serba biru , menuju kedamaian dan perpaduan .berikut antara acara-acara yang dipertandingkan :
Sama-sama kita saksikan di DTC ...jom ramai -ramai .Setakat ini , pencapaian kolej kediaman ketiga adalah johan deklamasi puisi dan naib johan tarian Asli dan tempat ke-4 Tarian Kreatif....Tahniahhhh....

Friday, February 12, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina dan Happy Holiday


Gong Xi Fa Cai kepada semua kurshiahanz yang berbangsa teong hua dan selamat bercuti kepada semua warga kurshiah sekalian


dikesempatan ini kami JIKJTK KK3 , mengharapkan semua kurshiahanz bergembira bersama keluarga dan rakan -rakan sekalian



Kepada semua peserta OPKIM 09/10 , kami harapkan anda tunjukkan semangat warga kurshiah dan UM yang utuh kepada masyarakat luar bandar .Selamat beropkimkan diri dan mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat di luar sana



~GONG XI FA CAI , HAPPY HOLIDAY AND HAPPY OPKIM ~

Thursday, February 11, 2010

MALAM ANUGERAH KURSHIAH fasa 1





THE GARDEN ~MAK pHASE 1








Pada 6 februari yang lepas , projek Malam Anugerah KUrshiah telah mengadakan MAK fasa 1 yg bertempat di dewan makan kolej kediaman ketiga .Bertemakan the Garden , MAK membawa konsep gabungan warna hijau dan putih serta menyokong environment care .










Malam yang penuh gilang gemilang ini telah dihiburkan dengan beberapa persembahan iaitu










tarian asmaradana + no body daripada The MOdern Dance





nyanyian dari 3 gadis pui moon , felisha dan zulaikha ( segalanya)





Kombinasi kualintang + akustik + kushairi ( ikhlas tapi jauh)





pop band ( jasnan dan aundre)





dan lain-lain lagi















MAK ini telah dirasmikan oleh Penyelia kolej kediaman iaitu Pn Ummu Aiman abd Karim yg mewakili pengetua yg tidak dapat hadir .


Friday, January 29, 2010

Pilihanraya kampus 2009/2010




Pilihanraya kampus sesi kali ini seakan -akan sama seperti tahun -tahun lalu, Universiti Malaya sentiasa menjadi tumpuan samaada pihak media, orang ramai mahupun mahasiswa-mahasiswa universiti yang lain .


Namun apa yg penting bagi kita mahasiswa universiti malaya adalah tetapkan matlamat asal kita masuk ke universiti iaitu belajar dan mendapatkan ilmu dan segulung ijazah .Berpolitik kampus itu ada pada tempatnya bukan sentiasa berpolitik sahaja dalam universiti .


Kemenangan ataupun kekalahan adalah adat pertandingan dan apa yang berlaku itu ada hikmahnya .Apa yang penting adalah persahabatan sesama manusia tetap terpelihara , jangan sampai kerana politik , ikatan silaturrahim terputus .



jikjtkkk3-~Menjana Mentaliti Intelektual~






Saturday, January 23, 2010

Keselamatan Kolej Tanggungjawab Bersama



Kepada semua warga kolej , sama-samalah menjaga keselamatan kolej kediaman ketiga dan elakkan daripada meninggalkan bilik anda tanpa berkunci !!!!...sama-samalah kita menjaga keselamatan kolej dan rakan-rakan kita semua ...we unite for Kurshiah ...

1 Kurshiah , 1 UM , 1MALAYSIA ... KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB SEMUA ...


Sekian .

Salam Blogger dan Penghuni Kolej Kediaman Ketiga semua ...untuk makluman semua UM akan menghadapi pilihanraya kampus bagi sesi 2009/2010 seperti berikut

20/01/2010- pembubaran MPMUM SESI 08/09

25/01/2010 - penamaan Calon

28/01/2010 - pembuangan undi ( e-voting)


Jadi kepada semua warga Kolej Kediaman Ketiga dan Universiti Malaya , jalankan tanggungjawab anda untuk turun mengundi dan undi anda adalah penentu kebajikan anda masa hadapan ... sekian

Thursday, January 14, 2010


Selamat Maju Jaya kepada Pasukan SUKMUM kk3 dalam SUKMUM tahun ini...



go ,go Chaiyok!!!!

UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI MALAYA

gerak

gerak

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA