Followers

Thursday, February 11, 2010

MALAM ANUGERAH KURSHIAH fasa 1





THE GARDEN ~MAK pHASE 1








Pada 6 februari yang lepas , projek Malam Anugerah KUrshiah telah mengadakan MAK fasa 1 yg bertempat di dewan makan kolej kediaman ketiga .Bertemakan the Garden , MAK membawa konsep gabungan warna hijau dan putih serta menyokong environment care .










Malam yang penuh gilang gemilang ini telah dihiburkan dengan beberapa persembahan iaitu










tarian asmaradana + no body daripada The MOdern Dance





nyanyian dari 3 gadis pui moon , felisha dan zulaikha ( segalanya)





Kombinasi kualintang + akustik + kushairi ( ikhlas tapi jauh)





pop band ( jasnan dan aundre)





dan lain-lain lagi















MAK ini telah dirasmikan oleh Penyelia kolej kediaman iaitu Pn Ummu Aiman abd Karim yg mewakili pengetua yg tidak dapat hadir .


Friday, January 29, 2010

Pilihanraya kampus 2009/2010




Pilihanraya kampus sesi kali ini seakan -akan sama seperti tahun -tahun lalu, Universiti Malaya sentiasa menjadi tumpuan samaada pihak media, orang ramai mahupun mahasiswa-mahasiswa universiti yang lain .


Namun apa yg penting bagi kita mahasiswa universiti malaya adalah tetapkan matlamat asal kita masuk ke universiti iaitu belajar dan mendapatkan ilmu dan segulung ijazah .Berpolitik kampus itu ada pada tempatnya bukan sentiasa berpolitik sahaja dalam universiti .


Kemenangan ataupun kekalahan adalah adat pertandingan dan apa yang berlaku itu ada hikmahnya .Apa yang penting adalah persahabatan sesama manusia tetap terpelihara , jangan sampai kerana politik , ikatan silaturrahim terputus .



jikjtkkk3-~Menjana Mentaliti Intelektual~






Saturday, January 23, 2010

Keselamatan Kolej Tanggungjawab Bersama



Kepada semua warga kolej , sama-samalah menjaga keselamatan kolej kediaman ketiga dan elakkan daripada meninggalkan bilik anda tanpa berkunci !!!!...sama-samalah kita menjaga keselamatan kolej dan rakan-rakan kita semua ...we unite for Kurshiah ...

1 Kurshiah , 1 UM , 1MALAYSIA ... KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB SEMUA ...


Sekian .

Salam Blogger dan Penghuni Kolej Kediaman Ketiga semua ...untuk makluman semua UM akan menghadapi pilihanraya kampus bagi sesi 2009/2010 seperti berikut

20/01/2010- pembubaran MPMUM SESI 08/09

25/01/2010 - penamaan Calon

28/01/2010 - pembuangan undi ( e-voting)


Jadi kepada semua warga Kolej Kediaman Ketiga dan Universiti Malaya , jalankan tanggungjawab anda untuk turun mengundi dan undi anda adalah penentu kebajikan anda masa hadapan ... sekian

Thursday, January 14, 2010


Selamat Maju Jaya kepada Pasukan SUKMUM kk3 dalam SUKMUM tahun ini...



go ,go Chaiyok!!!!

Tuesday, December 29, 2009

SEMESTER 2 TAHUN 2009/2010


SELAMATKEMBALI , SELAMAT PULANG DAN SELAMAT BERJUANG RAKAN -RAKANKU SEKALIAN ..

Semester 2 sesi 2009/2010 diharap dapat menjanjikan sejuta kemanisan, pengalaman dan cabaran yang baru untuk semua warga kolej kediaman tuanku kurshiah....
salam tahun baru hijrah 1431 kepada semua muslimin dan muslimat serta salam tahun baru 2010 kepada semua warga kurshiah ....

sekian>>>

Sunday, November 22, 2009

Selamat Bercuti, warga KK3


KEPADA WARGA KOLEJ KEDIAMAN KETIGA, KAMI DI JIKJTK 09/10 mengucapkan selamat bercuti dan semoga bergembira dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Apa yang penting , keselamatan anda perlu dijaga .

UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI MALAYA

gerak

gerak

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA