Followers

Wednesday, April 15, 2009

PERUTUSAN PRESIDEN SEMPENA BULAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2 SESI 2008/2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera...(“,)
Ni Hau Maa...(“,)
Namastee...(“,)
Kaifa Haaluk? (“,)

“Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”
(At-Taubah; 122)

Bulan peperiksaan datang lagi. Berduyun-duyunlah warga Kurshiah berkejar ke Perpustakan, Dewan Makan, Bilik Bacaan dan Sebagainya. Tidak kurang juga yang mengisytiharkan perintah berkurung terhadap diri sendiri dengan harapan dapat menelaah pelajaran yang sekian lama di tinggalkan (bagi mereka yg jarang studi).

Ahli Keluarga Kurshiah Yang Dikasihi,
Bagi anak Kurshiah beragama Islam, dalam mengejar kesibukan kita menelaah segala ilmu pelajaran, jangan kita sesekali melupakan perintah Allah dan Rasulnya. Benar, kita amat penat dengan tanggungan otak yang maha banyak untuk di ingat dan di hafal, namun, tanggungjawab kita terhadap Pencipta wajiblah mengatasi segala-galanya. Bahkan di saat getir sebeginilah kita seharusnya meningkatkan amalan dan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T agar mudah-mudahan segala ilmu yang di pelajari tidak tamat sekadar bergraduasi semata-mata.

Tempoh hampir 11 bulan bersama dalam sesi 2008/2009 ini benar-benar mewarnai seribu kenangan buat kita semua. Kita telah merasai pahit getir kesusahan dalam perjuangan bersama-sama. Masih terkenang di ingatan saya betapa bersungguh-sungguh seluruh warga Kurshiah menjayakan setiap program sepanjang sesi ini. Melayu, Cina dan India semuanya besungguh-sunguh. Malah, tanpa mengenal erti takut dan lelah, warga Kurshiah tetap bersatu dalam menempuh apa jua halangan dan rintangan sepanjang sesi ini berlangung. Masih terpahat di hati saya betapa gagahnya anak-anak muda Kurshiah mempertahankan hak-hak mereka sewaktu Kolej dilanda masalah air yang meruncing Ogos tahun lalu. Begitu juga semangat kental serikandi-serikandi Kurshiah menempelak pihak JPPHB dan Pengurusan berkenaan isu pencerobohon Blok A dan B. Tahniah di atas keberanian kita semua! Inilah pejuang Penggerak Mahasiswa sebenar!Hidup atau Mati, hanya Kebenaran!

Kini, ayuh kita sama-sama bangkit. Pertempuran di medan peperiksaan lebih payah untuk di rentasi. Terang biru putih medan peperangan bukanlah pelemah semangat bahkan sinar cahaya di bangunan klasik tidak bercat di hadapannya harus jadi kekuatan jiwa.

Anak-anak muda Kurshiah sekalian,
Sesi 2009/2010 lebih mencabar, bahkan ianya turut di calari dengan krisis kewangan yang semakin meruncing. Ribuan pekerja di sektor swasta terpaksa di berhentikan ekoran ketidakmampuan syarikat-syarikat domestik menanggungnya. Ramai yang terpaksa gulung tikar, tidak kurang yang terpaksa menggadaikan ijazah dengan nilai kerja setaraf PMR. Hakikat ini harus kita renungi bersama.

Justeru, apa perlu ditunggu lagi, ayuh sama-sama berjuang mendapatkan keputusan terbaik bagi semester ini. Jangan di pandang cerun yang curam, andai diri merasa gayat. Tapi, pandanglah tingginya ilmu, kerna itu warna kejayaan! Selamat Menyambut Bulan Peperiksaan Semester 2 2008/2009! Satu cita-cita, satu impian bersama, 1 Malaysia! UM is One!

WAN HASIF WAN MUHAMAT ALI
Anak Kurshiah,Anak UM, Anak Malaysia.

No comments:

UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI MALAYA

gerak

gerak

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA