Followers

Tuesday, August 25, 2009

H1N1- tingkatkan penjagaan diri anda ,pakai topeng muka , jangan sampai MAUT datang menjemput !!!

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 24 Ogos 2009, jam 9.00 pagi)

Kes Kematian : Satu
Jumlah Kematian : 69

Sejumlah 306 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 300 pesakit ILI telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1,455 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 85 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 285 pesakit (19.6%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 285 kes yang disahkan H1N1, 39 kes berada di ICU di mana 2 kes merupakan kemasukan baru sementara 2 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 39 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 kes (85%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (9), obesiti (8), diabetes (7), kanak-kanak/bayi (5), penyakit respiratori kronik (2), postnatal (1) dan Sindrom Down (1).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 69 kematian. Kematian yang didaftar pada hari ini melibatkan seorang wanita berusia 38 tahun.


H1N1 ....MEMBUNUH!!!!!!....

1 comment:

fareha azhar said...

jgn lupe cuci tgn brsh2...xpn pki sanitizer....ag sng.....hehe

UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI MALAYA

gerak

gerak

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA