Followers

Sunday, October 11, 2009

Tahniah Prof Madya Datuk Dr Sharifuddin!!!



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili melihat dengan lebih dekat anugerah yang diterima oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Ketiga-tiga mereka menerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran 'Datuk Seri' oleh kerajaan Melaka oleh Yang dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob hari ini. Foto THE STAR OLEH:A.MALEX YAHYA.

MELAKA: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendahului senarai 1,230 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena harijadi ke71 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, esok.

Dr Zambry menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima DGSM itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar.

Istiadat penganugerahan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran bagi sesi pertama membabitkan 296 penerima akan berlangsung di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini esok, kata Setiausaha kerajaan negeri Datuk Wira Omar Kaseh pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Omar berkata istiadat penganugerahan bagi sesi kedua membabitkan 412 penerima akan berlangsung pada Ahad ini manakala sesi ketiga untuk 522 penerima, belum ditetapkan tarikh.

Seramai 10 orang dianugerahi Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira. Mereka ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhamad, Panglima Markas 3 Divisyen Mej Jen Datuk Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Ketua Umno Sandakan Tan Sri Ampong Puyon, Pengerusi Eksekutif Klinik Bahari, Datuk Dr Bahari Abu Mansor.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Ibrahim Jaapar, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf, Pengarah Urusan Kumpulan ISY Holding Sdn Bhd Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Zulkifli Omar.

Seramai 75 orang pula menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk. Mereka ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan, Timbalan Setiausaha Bahagian, Kementerian Kewangan Dr A. Manaf Hussin, Pakar Bedah Kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ab. Rani Samsudin, Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka Abdul Razif Ibrahim, Ketua Eksekutif Kolej Perubatan Manipal Melaka Prof Dr Abdul Razzak Mohd Said.

Panglima Markas 1 Briged Brig Jen Abdullah Karim, anggota Lembaga Pengarah Puncak Semangat Sdn Bhd Abdullah Kadir Bacha, Pengarah Urusan Agrobank Ahmad Said, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka Prof Dr Ahmad Yusoff Hassan, Pengarah Eksekutif Subang Skypark Sdn Bhd Aisamar Kadil Mydin Syed Marikiah, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang Azmi Lateh, Naib Pengerusi Majlis Perunding Malaysia Ugama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh S. Batubalai, Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Chin Goo Chai, Pengarah Urusan Syarikat Letrik Chen Guan Sdn Bhd Choong Yew Lim, Pengarah Urusan Spring Assets Sdn Bhd Dualim Mohd Yusop.

Pengarah Hospital Melaka Dr Dul Hadi Mat Junid, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Serkam Ghazale Mohamad, Naib Pengerusi MCA Melaka Ho Teck Keun, Bendahari Kehormat Umno Ibrahim Fadzil, Anggota Jawatankuasa Kerja Gabungan Persatuan Penulis Nasional Jaafar Abd Rahim, Anggota Papita Jefrydeen Imbrom Soekaman, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Melaka Kamal Pasha Jamal, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Prof Khairil Annas Jusoh, Pengarah ASK Golf Consultant Khamis Abu Samah.

Anggota Dewan Undangan Negeri Machap Lai Meng Chong, Anggota Dewan Undangan Negeri Taboh Naning Latipah Omar, Hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan Lau Bee Lan, Pengarah Almag Sdn Bhd Lee Choo Foong, Pengerusi Lim Association Tanjung Sepat Lim Kim Eng, Penasihat UndangUndang Negeri Melaka Meor Hashimi Abdul Hamid, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd Mior Kamarulbaid Mior Shahid, Penasihat Persatuan Warga Emas Lim Siew Wan, Pengarah Urusan Promosi Unggul Sdn Bhd Lorna Ulun, Pengarah Eksekutif Ambank (M) Bhd Mahdi Morad.

Pengarah Urusan Tiara Force Security Services Sdn Bhd Mansor Ibrahim, Naib Presiden Persatuan Bekas Polis Negeri Melaka Md Idris Hameem Marikar, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Megat Firdouz Megat Junid, Pengarah KSC Capital Berhad Mohd Hedar Shariff, Pengarah Eksekutif Kumpulan SPM Holding Sdn Bhd Mohamed Iqbal M. Mohamed Ganey, Imam Besar Negeri Melaka Mohammad Hashim, Ketua Umno Kubang Kerian Mohd Fauzi Ismail, Pengarah Myeg Services Bhd Mohd Jimmy Wong Abdullah, Pengarah Eksekutif AINB Tech (M) Sdn Bhd Mohd Mustafa Mohd Khalid, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti Mohlis Jaafar.

Pengarah Urusan Syarikat Perniagaan Muhar Sdn Bhd Muhar Hussain, Pengerusi Gema Padu Sdn Bhd Ng Bon Chong, Pakar KanakKanak Putra Specialist Hospital Sdn Bhd Dr Ng Kock Chai, Naib Ketua Wanita Umno Melaka Nor Adibah Abdullah, Setiausaha Bahagian Kementerian Pertahanan Nordin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Kesihatan dan Pembangunan Keluarga Melaka Norpipah Abdol, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna Melaka R.Perumal, Timbalan Ketua Umno bahagian Batu Ramlan Salleh, Timbalan Pengerusi Knight Capital Sdn Bhd Datuk Rashpal Singh a/l Jeswant Singh, Pengarah Urusan Percetakan Surya Sabdin Osman.

Ketua Wanita Umno Pokok Sena Salmah Mat Isa, Pengarah Livingwell Megalthcare Sean Paul, Presiden Persatuan Pelancongan Melaka Seet Tiang Chye, Anggota Lembaga Pengarah Amanah Raya Berhad Shamsuddin Tahir, Pengarah Urusan Samafra (M) Sdn Bhd Sivajothi a/l Muthiah Rajendram, Pengarah Asiamas Housing Sdn Bhd Tang Ah Bah @ Tan Hee, Ketua Wanita Umno Gua Musang Wan Hazani Mohd Nor, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wee Jeck Seng, Ketua Pengawai Operasi Ho Hup Construction Woo Thin Choy, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Yusof Jantan.

Pengurus Wilayah Ambank (M) Berhad Zainal Abidin Mohamed, Pengurus Besar Pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Zakaria Sharif, Penasihat Koporat Malaysia Korea Rail Consortium Zolbahar Mohamed, Ketua Pegawai Perubatan Tenaga Nasional Berhad Dr Abdul Rahman Daud, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya Prof Madya Dr Sharifuddin Zainuddin, Ketua Umno Sabak Bernam Abd Rahman Bakri, Ketua Umno Gopeng Hamzah Mohd Kasim, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka Rosli Ismail, Ketua Umno Kulai Zainal Abidin Jidin dan ahli perniagaan May Phng @ Cho Mai Sum. Sementara itu, seramai 68 orang dianugerah Darjah Seri Melaka (DSM) tanpa gelaran, sebanyak 48 orang menerima Jaksa Pendamai (JP), Bintang Cemerlang Melaka (BCM) sebanyak 133 penerima, Bintang Khidmat Terpuji (BKT) sebanyak 179 penerima, Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) sebanyak 417 penerima, Pingat Bakti Masyarakat (PBM) sebanyak 224 penerima dan Pingat Khidmat Lama (PKL) sebanyak 71 penerima. BERNAMA

No comments:

UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI MALAYA

gerak

gerak

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA