Followers

Tuesday, August 25, 2009

H1N1- tingkatkan penjagaan diri anda ,pakai topeng muka , jangan sampai MAUT datang menjemput !!!

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 24 Ogos 2009, jam 9.00 pagi)

Kes Kematian : Satu
Jumlah Kematian : 69

Sejumlah 306 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 300 pesakit ILI telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1,455 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 85 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 285 pesakit (19.6%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 285 kes yang disahkan H1N1, 39 kes berada di ICU di mana 2 kes merupakan kemasukan baru sementara 2 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 39 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 kes (85%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (9), obesiti (8), diabetes (7), kanak-kanak/bayi (5), penyakit respiratori kronik (2), postnatal (1) dan Sindrom Down (1).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 69 kematian. Kematian yang didaftar pada hari ini melibatkan seorang wanita berusia 38 tahun.


H1N1 ....MEMBUNUH!!!!!!....

Sunday, August 16, 2009

BaLiK kAmPUng ....KK3


Balik kampung ...ohhooohooo balik kampung .... Selamat bercuti dan selamat balik kampung kepada semua penghuni kk3 ... Dari perlis hinggalah ke sabah , mungkin semua penghuni kk3 balik selama seminggu ke kampung halaman bersempena cuti pertengahan semester .

Kalau dah balik kampung tu ...jangan lupa assignment dan kerja-kerja lain , hurmm nanti bukak semester dah kelam kabut ...hihihi

Kami jik jtk kk3 mengucapkan selamat bercuti dan bergembira bersama keluarga selama seminggu ...


Setakat itu sahaja coretan daripada jik jtk kk3 09/10



Selamat bercuti!!!!!!.....

-menjana mentaliti keintelektualan -

SELAMAT BERKENALAN daripada JIK JTK KK3 09/10


Hi.......selamat berkenalan daripada jik jtk kk3 ......

kami di jik jtk kolej kediaman tuanku kurshiah 09/10 mengucapkan selamat berkenalan dan selamat bekerja bersama-sama kami dengan moto yang baru menjana mentaliti keintelektualan .


Kepimpinan baru yang diterajui oleh saudara mohd zaim bin mohamad nor diharapkan mampu menggerakkan kolej kediaman tuanku kurshiah sebagai kolej terbaik di universiti malaya ...







kurshiah !! Dare to Strike .....
Selamat berkenalan dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak ...









Tuesday, June 23, 2009

MINGGU INTERAKSI KURSHIAH ’09 (MIK’09)

Tarikh : 12-15 Julai 2009
Tempat: Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah


Salam Muhibbah,

Semester 1 sesi akademik 09/10 akan dimulakan dengan Minggu Interaksi Kurshiah ’09 (MIK’09). Pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung. Sebarang idea bagi memeriahkan lagi MIK’09 amatlah dialu-alukan. Bagi “the newcomers of 3rd RC”, inilah masa untuk anda semua mengenali Kolej kediaman Ketiga dan untuk berkenalan dengan senior-senior KK3. Once A Kurshiahan, Forever A Kurshiahan. Kita tengok rumah mana pula yang menang kali ini. Moga MIK’09 akan menjadi pemula kepada kecemerlangan KK3.

“Menerajui Revival Mahasiswa”
“UM is One”

Friday, June 19, 2009

TAKZIAH

Salam harmoni buat semua warga Kurshiah...

Salah seorang warga siswa Kurshiah telah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan. Alif, tahun 1, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Buat yang muslim, sama-sama kita sedekahlan al-fatihah buat arwah.

Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan kembali kepada penciptanya.

UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI MALAYA

gerak

gerak

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA