Cuti semester datang lagi. Sudah pasti pelbagai perancangan dan aktiviti sudah di rancang bagi menghangatkan lagi cuti panjang musim tengkujuh ini. Di kolej-kolej kediaman, para mahasiswa nampaknya sudah sibuk dengan program perkampungan dan proses mencari dana dan tajaan pun sudah di mulakan dengan pesatnya.
Di kebanyakan kolej-kolej kediaman yang mempunyai dewan-dewan makan, keadaannya agak sedikit tenat di mana jumlah lebihan perbelanjaan mencatat kenaikan berganda setiap tahun. Jumlah kenaikan ini antara lainnya di sebabkan oleh Harga pembelian bahan-bahan dapur mentah seperti ikan, ayam dan beras yang meningkat dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Manakala yuran pengajian bagi pelajar tetap tidak berubah setiap semester iaitu RM 6.50 bagi penginapan dan RM 3.50 bagi penyediaan makanan dan minuman untuk 3 kali sehari; sarapan, makan tengahari dan makan malam.
Antara faktor-faktor lain juga termasuklah jumlah bonus kakitangan kolej yang terpaksa di naikkan berikutan pengumuman kerajaan tentang kenaikan bonus kakitangan kerajaan. Keadaan ini sedikit sebanyak membantutkan usaha kolej-kolej kediaman bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mahasiswa.
Atas sebab itulah, para pimpinan mahasiswa terpaksa bekerja keras mencari dana dan tajaan ke seluruh ceruk rantau bagi menampung perbelanjaan projek. Dari satu sudut, ini merupakan satu cabaran buat pimpinan mahasiswa untuk belajar bertatih dalam mengendalikan sesebuah organisasi. Para pimpinan mahasiswa kolej-kolej kediaman sendiri sedang berkerja keras bagi memastikan wang aktiviti pelajar dapat di salurkan kepada mahasiswa dengan sebaik-baiknya tanpa sebarang kebocoran dan ketirisan.
Bertepatan dengan moto JIK/JTK “menerajui revival mahasiswa”, para pimpinan kini turut terjun ke segenap kawasan dalam musim percutian ini untuk bertemu organisasi-organisasi dan mana-mana individu yang sudi memberikan tajaan dan sumbangan dalam membantu aktiviti-aktiviti mahasiswa.
Walaupun pelbagai mehnah dan tohmahan di lemparkan oleh segelintir pelajar dan pihak pengurusan universiti yang tidak memahami konteks perjuangan membawa suara mahasiswa sebenar, adalah amat di harapkan pimpinan-pimpinan mahasiswa tidak mudah mengalah dan berputus asa dalam perjuangan.
Yakin dan percayalah, selagi mana kita bersabar dan sentiasa bersatu padu serta istiqamah dalam perjuangan, kejayaan pasti menjadi milik kita!
Buat ahli-ahli keluarga Kurshiah, selamat mengharungi cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat dan mampu untuk meningkatkan kemahiran dan intelektual diri kita. Hingga berjumpa nanti pada semester akan datang. Insyaallah!
Hidup Mahasiswa!
No comments:
Post a Comment