Followers

Tuesday, December 29, 2009

SEMESTER 2 TAHUN 2009/2010


SELAMATKEMBALI , SELAMAT PULANG DAN SELAMAT BERJUANG RAKAN -RAKANKU SEKALIAN ..

Semester 2 sesi 2009/2010 diharap dapat menjanjikan sejuta kemanisan, pengalaman dan cabaran yang baru untuk semua warga kolej kediaman tuanku kurshiah....
salam tahun baru hijrah 1431 kepada semua muslimin dan muslimat serta salam tahun baru 2010 kepada semua warga kurshiah ....

sekian>>>

Sunday, November 22, 2009

Selamat Bercuti, warga KK3


KEPADA WARGA KOLEJ KEDIAMAN KETIGA, KAMI DI JIKJTK 09/10 mengucapkan selamat bercuti dan semoga bergembira dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Apa yang penting , keselamatan anda perlu dijaga .

Tuesday, October 27, 2009

SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN !!!!



Kepada seluruh warga kurshiah , kami di barisan jikjtk kurshiah 2009/2010 mengucapkan selamat menempuhi peperiksaan kepada seluruh warga ...semoga berjaya !!!! chaiyoo!!! good luck!!!....

Monday, October 19, 2009

PROGRAM KESELAMATAN KURSHIAH( KU_SAFE 09)


program keselamatan kurshiah (ku_safe 09) anjuran jkp kemas akann diadakan pada 20 dan 21 oktober 2009 .Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

BLOOD DONATION DAY( 20 OKTOBER ) , 10-4 PTG , BERTEMPAT DI BILIK SIDANG

TAYANGAN FILEM ( 20 OKTOBER) , 9 MALAM , BILIK SIDANG bertujuan untuk mengutip derma untuk aktiviti bersama rumah anak yatim Solehah,Cheras.

PAMERAN DARIPADA MAKNA ( 21 OKTOBER ) 9- 4 PTG , BERTEMPAT DI HADAPAN DEWAN MAKAN .Sekiranya anda ingin mengetahui cara-cara untuk mengesan barah payudara dan barah testis , silalah mengunjungi pameran ini....

BERBASIKAL KONVOI UM ( 21 OKTOBER ) 4PTG ...

PAMERAN DARIPADA PIHAK POLIS ( 22 OKTOBER ) 10 -3 PTG , HADAPAN DEWAN MAKAN .Saksikanlah cara-cara menangani kes jenayah ragut , serta kes-kes lain .

CERAMAH KESELAMATAN ( 22 OKTOBER ) 11-12 TENGAHARI , BILIK SIDANG ....DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE PROGRAM KESELAMATAN KURSHIAH ( KU_SAFE 09) ...KAMI JUGA ADA MEMBUKA BOOTH JUALAN AIR MINUMAN F&N PADA 20 DAN 21 OKTOBER DI HADAPAN PEJABAT .......

Sunday, October 11, 2009

Tahniah Prof Madya Datuk Dr Sharifuddin!!!



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili melihat dengan lebih dekat anugerah yang diterima oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Ketiga-tiga mereka menerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran 'Datuk Seri' oleh kerajaan Melaka oleh Yang dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob hari ini. Foto THE STAR OLEH:A.MALEX YAHYA.

MELAKA: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendahului senarai 1,230 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena harijadi ke71 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, esok.

Dr Zambry menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima DGSM itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar.

Istiadat penganugerahan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran bagi sesi pertama membabitkan 296 penerima akan berlangsung di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini esok, kata Setiausaha kerajaan negeri Datuk Wira Omar Kaseh pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Omar berkata istiadat penganugerahan bagi sesi kedua membabitkan 412 penerima akan berlangsung pada Ahad ini manakala sesi ketiga untuk 522 penerima, belum ditetapkan tarikh.

Seramai 10 orang dianugerahi Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira. Mereka ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhamad, Panglima Markas 3 Divisyen Mej Jen Datuk Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Ketua Umno Sandakan Tan Sri Ampong Puyon, Pengerusi Eksekutif Klinik Bahari, Datuk Dr Bahari Abu Mansor.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Ibrahim Jaapar, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf, Pengarah Urusan Kumpulan ISY Holding Sdn Bhd Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Zulkifli Omar.

Seramai 75 orang pula menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk. Mereka ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan, Timbalan Setiausaha Bahagian, Kementerian Kewangan Dr A. Manaf Hussin, Pakar Bedah Kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ab. Rani Samsudin, Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka Abdul Razif Ibrahim, Ketua Eksekutif Kolej Perubatan Manipal Melaka Prof Dr Abdul Razzak Mohd Said.

Panglima Markas 1 Briged Brig Jen Abdullah Karim, anggota Lembaga Pengarah Puncak Semangat Sdn Bhd Abdullah Kadir Bacha, Pengarah Urusan Agrobank Ahmad Said, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka Prof Dr Ahmad Yusoff Hassan, Pengarah Eksekutif Subang Skypark Sdn Bhd Aisamar Kadil Mydin Syed Marikiah, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang Azmi Lateh, Naib Pengerusi Majlis Perunding Malaysia Ugama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh S. Batubalai, Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Chin Goo Chai, Pengarah Urusan Syarikat Letrik Chen Guan Sdn Bhd Choong Yew Lim, Pengarah Urusan Spring Assets Sdn Bhd Dualim Mohd Yusop.

Pengarah Hospital Melaka Dr Dul Hadi Mat Junid, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Serkam Ghazale Mohamad, Naib Pengerusi MCA Melaka Ho Teck Keun, Bendahari Kehormat Umno Ibrahim Fadzil, Anggota Jawatankuasa Kerja Gabungan Persatuan Penulis Nasional Jaafar Abd Rahim, Anggota Papita Jefrydeen Imbrom Soekaman, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Melaka Kamal Pasha Jamal, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Prof Khairil Annas Jusoh, Pengarah ASK Golf Consultant Khamis Abu Samah.

Anggota Dewan Undangan Negeri Machap Lai Meng Chong, Anggota Dewan Undangan Negeri Taboh Naning Latipah Omar, Hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan Lau Bee Lan, Pengarah Almag Sdn Bhd Lee Choo Foong, Pengerusi Lim Association Tanjung Sepat Lim Kim Eng, Penasihat UndangUndang Negeri Melaka Meor Hashimi Abdul Hamid, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd Mior Kamarulbaid Mior Shahid, Penasihat Persatuan Warga Emas Lim Siew Wan, Pengarah Urusan Promosi Unggul Sdn Bhd Lorna Ulun, Pengarah Eksekutif Ambank (M) Bhd Mahdi Morad.

Pengarah Urusan Tiara Force Security Services Sdn Bhd Mansor Ibrahim, Naib Presiden Persatuan Bekas Polis Negeri Melaka Md Idris Hameem Marikar, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Megat Firdouz Megat Junid, Pengarah KSC Capital Berhad Mohd Hedar Shariff, Pengarah Eksekutif Kumpulan SPM Holding Sdn Bhd Mohamed Iqbal M. Mohamed Ganey, Imam Besar Negeri Melaka Mohammad Hashim, Ketua Umno Kubang Kerian Mohd Fauzi Ismail, Pengarah Myeg Services Bhd Mohd Jimmy Wong Abdullah, Pengarah Eksekutif AINB Tech (M) Sdn Bhd Mohd Mustafa Mohd Khalid, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti Mohlis Jaafar.

Pengarah Urusan Syarikat Perniagaan Muhar Sdn Bhd Muhar Hussain, Pengerusi Gema Padu Sdn Bhd Ng Bon Chong, Pakar KanakKanak Putra Specialist Hospital Sdn Bhd Dr Ng Kock Chai, Naib Ketua Wanita Umno Melaka Nor Adibah Abdullah, Setiausaha Bahagian Kementerian Pertahanan Nordin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Kesihatan dan Pembangunan Keluarga Melaka Norpipah Abdol, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna Melaka R.Perumal, Timbalan Ketua Umno bahagian Batu Ramlan Salleh, Timbalan Pengerusi Knight Capital Sdn Bhd Datuk Rashpal Singh a/l Jeswant Singh, Pengarah Urusan Percetakan Surya Sabdin Osman.

Ketua Wanita Umno Pokok Sena Salmah Mat Isa, Pengarah Livingwell Megalthcare Sean Paul, Presiden Persatuan Pelancongan Melaka Seet Tiang Chye, Anggota Lembaga Pengarah Amanah Raya Berhad Shamsuddin Tahir, Pengarah Urusan Samafra (M) Sdn Bhd Sivajothi a/l Muthiah Rajendram, Pengarah Asiamas Housing Sdn Bhd Tang Ah Bah @ Tan Hee, Ketua Wanita Umno Gua Musang Wan Hazani Mohd Nor, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wee Jeck Seng, Ketua Pengawai Operasi Ho Hup Construction Woo Thin Choy, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Yusof Jantan.

Pengurus Wilayah Ambank (M) Berhad Zainal Abidin Mohamed, Pengurus Besar Pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Zakaria Sharif, Penasihat Koporat Malaysia Korea Rail Consortium Zolbahar Mohamed, Ketua Pegawai Perubatan Tenaga Nasional Berhad Dr Abdul Rahman Daud, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya Prof Madya Dr Sharifuddin Zainuddin, Ketua Umno Sabak Bernam Abd Rahman Bakri, Ketua Umno Gopeng Hamzah Mohd Kasim, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka Rosli Ismail, Ketua Umno Kulai Zainal Abidin Jidin dan ahli perniagaan May Phng @ Cho Mai Sum. Sementara itu, seramai 68 orang dianugerah Darjah Seri Melaka (DSM) tanpa gelaran, sebanyak 48 orang menerima Jaksa Pendamai (JP), Bintang Cemerlang Melaka (BCM) sebanyak 133 penerima, Bintang Khidmat Terpuji (BKT) sebanyak 179 penerima, Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) sebanyak 417 penerima, Pingat Bakti Masyarakat (PBM) sebanyak 224 penerima dan Pingat Khidmat Lama (PKL) sebanyak 71 penerima. BERNAMA

Friday, October 9, 2009

TAHNIAH UM!!!!!


UM IS ONE
Universiti Malaya (UM) meletakkan Malaysia semula dalam senarai 200 universiti terbaik oleh Times Higher Education (THE)-QS World University Rankings 2009 selepas melonjak sebanyak 50 tangga tahun lalu ke tangga 180 tahun ini.

Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata, ranking itu bukan sahaja mengenalpastikan ranking tertinggi universiti di dunia, bahkan universiti yang cemerlang dalam subjek-subjek utama tertentu, menjadi sasaran para majikan, menghasilkan penyelidikan terbaik, melabur dalam pengajaran serta mempunyai profil antarabangsa.

Wednesday, October 7, 2009






Rumah Terbuka Kurshiah '09
PADA 9/ 10 /2009 Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah akan mengadakan rumah terbuka Kurshiah bertempat di Dewan Makan pada pukul 8.30 malam .Sila berpakaian baju raya ,dan bju tradisional masing-masing ....sama-sama memeriahkan sambutan rumah terbuka kurshiah ini ..

Tuesday, October 6, 2009

Minggu Sukan Kurshiah.. 7-11 Oktober 2009

Dalam Fesbook 09, Minggu Sukan Kurshiah adalah antara satu elemen yag wajib untuk Kolej Kediaman Ketiga bagi memantapkan sukan di kolej ini. Ini adalah salah satu langkah persediaan Kolej Kediaman Ketiga untuk menghadapi SUKMUM pada tahun ini disamping menyihatkan badan .Sama-samalah kita semarakkan sukan Kurshiah .... Majulah Sukan, Kurshiah Gemilang!!!

Hari ini:
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (L/P)
Tarikh : 7-9 Oktober 2009 ( Rabu - Jumaat)
Masa : 5.30 pm - 7.00 pm ( Rabu - Jumaat)
8.00 pm - 10.00 pm ( Rabu & Khamis)
Esok:
PERTANDINGAN TENIS ( L/P)
Tarikh : 8-10 Oktober 2009 (Khamis - Sabtu)
Masa : 5.30 - 7.30 pm ( Khamis & Jumaat)
8.00 pm - 10.00 pm ( Khamis )
8.00 am - 12.00 pm (Sabtu)

Friday, October 2, 2009

pengumuman!!!!!


Perpindahan blok c dan penginapan blok b akan diadakan pada :

BLOK C: 2 OKTOBER 2009(JUMAAT)- 2.30 PTG -5.00 PTG

BLOK B 3 OKTOBER 2009 (SABTU ) 8.30 PG -10.00 PG.



Kami di JIK JTK mengharapkan kerjasama penghuni kolej kediaman ketiga khususnya mahasiswi yang terlibat supaya berpuas hati dengan proses ini dan kerjasama anda semua didahului dengan ucapan terima kasih


- jik/jtk kurshiah 2009/2010

Thursday, October 1, 2009





Kami di JIKJTK kolej kediaman ketiga 2009/2010 ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan tersalah bicara n ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ,Maaf Zahir dan Batin ...

Monday, September 14, 2009


mengenai isu yang dibobrokkan oleh um-today ....


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

UM-TODAY semakin menampakkan kegersangan idea untuk mempromosikan laman tersebut yang sekarang ini diisikan dengan siri-siri fitnah terhadap kolej-kolej kediaman UM. Keterdesakan publisiti murahan yang dibuat mereka semakin menjadi-jadi. Kini, Pengetua Kolej Kediaman Ketiga Profesor Madya Dr Sharifuddin Zainuddin pula yang menjadi mangsa.

Benar, beliau jarang turun ke program-program, namun kekangan kesihatan yang dialami oleh Dr Sharifuddin dan isteri menyebabkan beliau tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kolej. Kami di pihak mahasiswa KK3 amat memahami kesulitan yang dihadapi oleh beliau dan isteri. Disebabkan oleh itu, beliau sering meminta bantuan Penyelia-penyelia untuk mewakilkan beliau ke program-program. Kami percaya beliau merupakan seorang pengetua yang bertanggungjawab dan tidak lepas tangan terhadap tugas-tugas beliau kerana beliau masih menjalankan tugas-tugas pengetua dengan baik. Percayalah jika tiada kekangan kesihatan beliau pasti tidak akan rasa penat untuk turun dan turut serta dalam setiap program kerana dahulu beliau dikenali sebagai seorang pengetua yang mesra pelajar.

Isu tentang kewangan kolej yang misteri yang digembar-gemburkan oleh um-today tidak perlu dijelaskan kerana ia adalah isu lapuk yang sering difitnahkan kepada KK3 setiap kali tiba Pilihanraya kampus. Defisit yang berlaku adalah disebabkan kenaikan harga barang mentah di pasaran semasa dan perkara ini berlaku di setiap kolej yang mempunyai dewan makan. Cuba bayangkan setiap pelajar hanya membayar RM 3.50 untuk 3 kali makan setiap hari. Tapi tidak hairanlah jika um-today tidak mengetahui perkara sebenar, kerana mereka tidak cuba langsung untuk memahami ketika tinggal di kolej semasa tahun pertama!.

Projek pendawaian blok C yang dilakukan di KK3 adalah tiada kaitan langsung dengan body Pengetua KK3. Projek tersebut adalah di bawah kendalian sepenuhnya JPPHB yang mana menukar tarikh pengubahsuaian semasa tempoh belajar.

Akhir sekali, saya mengharapkan um-today menghentikan semua fitnah-fitnah yang hanya menonjolkan lagi kelemahan kalian, tapi menguatkan lagi perpaduan di antara kami!. Tidak perlu saya mengulas panjang kerana kami tidak akan terjerumus ke dalam kancah fitnah anda. Kepada Mahasiswa-mahasiswi KK3 yang disayangi, selidiklah dahulu khabar-khabar angin yang datang kerana saya percaya anda semua adalah mahasiswa/i yang bijak menilai!. Jika anda mempunyai masalah teruslah merujuk kepada JIKJTK, tidak perlulah menyumbangkan modal kepada um-today yang hanya pandai memfitnah dan beromong-omong kosong.

Kepada um-today, kami meminta anda membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Profesor Madya Dr Sharifuddin Zainuddin diatas fitnah yang dilontarkan kepada beliau.

Menjana Mentaliti Intelektual

Hidup Mahasiswa!

Muhamad Zaim Mohamed Nor

Presiden Kolej Kediaman Ketiga

Monday, September 7, 2009


Hari ini 7 September bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-‘Alaq:1-5)
Selamat Menyambut Nuzul al-Quran kepada seluruh muslimin dan muslimat khususnya kolej kediaman ketiga dan juga seluruh umat islam di seluruh pelusuk dunia...

Wednesday, September 2, 2009

pengumuman!!!!!


perhatian kepada semua warga kurshiah ,pada hari sabtu ini 5 oktober kolej kediaman ketiga akan mengalami gangguan bekalan elektrik dari pukul 7 pagi sehingga pukul 7 malam atau berlarutan ke lewat malam ....ini disebabkan oleh proses penggantian semula generator elektrik oleh pihak kontrektor ....kami bagi pihak jik jtk memohon maaf atas kesulitan ini.

Proses ini adalah untuk kebaikan seluruh warga kurshiah khususnya kaum wanita kerana blok c akan siap tidak lama lagi.


sekian untuk makluman ,terima kasih.
JKP Kebajikan dan Kemasyarakatan kk3.

Friday, August 28, 2009

Minggu Manifestasi Kemerdekaan


Dengan Tema 1 Malaysia,Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan MMK kali ini bermula dengan tayangan filem Talentime pada 24 Ogos di bilik Sidang dengan penuh kemeriahan ...
diikuti dengan acara-acara berikut:
Tayangan filem Talent time-24 ogos
Kolam Kemerdekaan -25 0gos
Pertandingan Menghias Basikal-26 ogos
Pertandingan berbalas pantun & Pakaian Tradisional
27 ogos
Malam Penutup mmk-27 ogos
Kempen Kibarkan Jalur Gemilang-1-31 ogos

Sambutan oleh warga kurshiah amat menggalakkan ...terima kasih kepada yang hadir ,kami ucapkan .Kami di JIKJTK kk3 mengucapkan selamat menyambut hari Kemerdekaan ke 52 kepada seluruh warga kurshiah dan Malaysia ...
Merdeka! Merdeka! Merdeka !

Tuesday, August 25, 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK


Bulan Ramadhan, Yang Di Dalamnya Diturunkan Al-Quran Sebagai Petunjuk Bagi Manusia Dan Keterangan-Keterangan Yang Menjelaskan Pentunjuk Dan (Menjelaskan) Perbezaan (Antara Yang Benar Dan Salah). Oleh Itu, Barangsiapa Antara Kamu Hadir Di Bulan Itu, Maka Hendaklah Dia Berpuasa Pada Bulan Itu...( Al-Baqarah : 185 )

Assalmmualaikum wa ga Kurshiah .....

Ramadhan Menjelang Kembali Pada Tahun Ini, Dan Insya Allah Kita Akan Sama-sama Bersahur, Bertarawikh, Bertadarus Dan Berpuasa Mengikut Kemampuan Masing-masing....

Pada Kali Ini Nadi Penggerak IHRAM'09 Telah Menyusun Beberapa Aktiviti Dan Program Sepanjang Bulan Barakah Ini...
Antaranya :

1. Majlis Perasmian : 26/8/2009
2. Program Memasak Bubur Lambuk : 5/9/2009
3. Grand Iftar : 5/9/2009
4. Ceramah Sempena Bulan Ramadhan : 9/9/2009
5. Majlis Khatam Al-quran : 15/9/2009
6. Majlis Perasmian Penutupan : 15/9/2009

* Aktiviti Tadarus dan Sedikit Pengisian akan Dijalankan sepanjang hari seperti tazkirah dan pengisian lain...

Kepada Warga Kurshiah dan Kampus UMKL, marilah sama-sama Kita Menghidupkan Suasana Bulan Yang Barakah Ini...Insya Allah...Jumpa di Program Ini...

Salam........

H1N1- tingkatkan penjagaan diri anda ,pakai topeng muka , jangan sampai MAUT datang menjemput !!!

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 24 Ogos 2009, jam 9.00 pagi)

Kes Kematian : Satu
Jumlah Kematian : 69

Sejumlah 306 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 300 pesakit ILI telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1,455 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 85 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 285 pesakit (19.6%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 285 kes yang disahkan H1N1, 39 kes berada di ICU di mana 2 kes merupakan kemasukan baru sementara 2 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 39 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 kes (85%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (9), obesiti (8), diabetes (7), kanak-kanak/bayi (5), penyakit respiratori kronik (2), postnatal (1) dan Sindrom Down (1).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 69 kematian. Kematian yang didaftar pada hari ini melibatkan seorang wanita berusia 38 tahun.


H1N1 ....MEMBUNUH!!!!!!....

Sunday, August 16, 2009

BaLiK kAmPUng ....KK3


Balik kampung ...ohhooohooo balik kampung .... Selamat bercuti dan selamat balik kampung kepada semua penghuni kk3 ... Dari perlis hinggalah ke sabah , mungkin semua penghuni kk3 balik selama seminggu ke kampung halaman bersempena cuti pertengahan semester .

Kalau dah balik kampung tu ...jangan lupa assignment dan kerja-kerja lain , hurmm nanti bukak semester dah kelam kabut ...hihihi

Kami jik jtk kk3 mengucapkan selamat bercuti dan bergembira bersama keluarga selama seminggu ...


Setakat itu sahaja coretan daripada jik jtk kk3 09/10



Selamat bercuti!!!!!!.....

-menjana mentaliti keintelektualan -

SELAMAT BERKENALAN daripada JIK JTK KK3 09/10


Hi.......selamat berkenalan daripada jik jtk kk3 ......

kami di jik jtk kolej kediaman tuanku kurshiah 09/10 mengucapkan selamat berkenalan dan selamat bekerja bersama-sama kami dengan moto yang baru menjana mentaliti keintelektualan .


Kepimpinan baru yang diterajui oleh saudara mohd zaim bin mohamad nor diharapkan mampu menggerakkan kolej kediaman tuanku kurshiah sebagai kolej terbaik di universiti malaya ...







kurshiah !! Dare to Strike .....
Selamat berkenalan dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak ...









UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI MALAYA

gerak

gerak

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA