Assalamualaikum & selamat sejahtera..
Sedar tak sedar, Semester kedua sesi 2008/2009 sudah sampai ke minggu yang ke-6. "Assignment" semakin banyak, projek kolej juga semakin hangat....sedang berlangsung projek Minggu Kebudayaan India (ICC) dan yang bakal berlangsung Minggu Penghayatan Islam, Malam Anugerah Kurshiah, Ekspo Pendidikan, Bulan ICT dan banyak lagi...Peserta-peserta SUKMUM dan FESENI pula sedang giat menjalankan latihan bagi memastikan kemenangan milik KURSHIAH. Namun, jangan jadikan aktiviti kolej sebagai alasan kita untuk melupakan tujuan sebenar kita datang ke Universiti Malaya ini. Ingat, ilmulah yang mengangkat martabat seseorang. Tetapi, jangan pula terus mendiamkan diri dari melibatkan diri dalam aktiviti kolej kerana di sinilah platform yang terbaik untuk kita mempelajari dan mengasah "softskill" kita. Oh ya, sebelum terlupa, sekalung tahniah atlit-atlit Kurshiah yang berjaya mendapat tempat di dalam SUKMUM fasa 1 dan juga tahniah buat peserta dan AJK OPKIM yang berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka kepada masyarakat baru-baru ini. Ingat, aktif aktiviti kolej tidak semestinya anda perlu melupakan "assignment" anda..Renung-renungkan...
No comments:
Post a Comment