TELOI KANAN - Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) bertujuan membolehkan mahasiswa dan mahasiswi berinteraksi serta mengeratkan hungan dengan masyarakat luar dalam mewujudkan perpaduan penduduk.
Ianya adalah antara projek anjuran Jawatankuasa Perkembangan Kebajikan dan Kemasyarakatan, Kolej Kedianman ketiga, Universiti Malaya.
Ketuanya, Abdul Hakim Abdul Ghani, program itu kali pertama melibatkan pengurusan UM melawat dan beramah mesra di Felda Teloi Kanan dengan melihat sendiri suasana kampung dan kehidupan masyarakat yang majoriti bekerja sebagai penoreh getah.
“Ia juga turut memberikan peluang kepada mahasiswa berinterksi dengan penduduk setempat dan mengenali budaya serta cara kehidupan mereka dari segi adat budaya khususnya masyarakat Felda.
“Walaupun berpendapatan rendah tetapi didikan diberikan anak mereka begitu baik dengan menghantar ke sekolah kerana dengan menuntut ilmu dapat mengubah nasib keluarga,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, ia secara tidak langsung akan memupuk sikap prihatin dalam kalangan mahasiswa terhadap masyarakat di luar bandar.
Abdul Hakim berkata, seramai 54 mahasiswa dan mahasiswi terlibat menerima keluarga angkat untuk lebih mendakati cara kehidupan sebagai orang kampong.
“Selain itu, mereka ini turut memberikan motivasi kepad anak Felda dengan kata-kata semangat supaya terus berminat menuntut ilmu.
“Sebagai pelajar UM, kita memberikan contoh dan galakan supaya ibu bapa turut membantu mendidik anak agar dapat mewujudkan minat belajar, bukan menjadi alasan kehidupan susah untuk tidak boleh berjaya,” katanya.
Beliau berkata, program itu memberikan peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi menjadikan aktiviti kemasyarakatan itu sebagai tempat untuk berbakti pada masyarakat Felda.
Sumber:
SINAR HARIAN
Jumaat, 30 Januari 2009
No comments:
Post a Comment