Followers

Wednesday, February 11, 2009

OPKIM rapat hubungan dengan masyarakat

TELOI KANAN - Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) bertujuan membolehkan mahasiswa dan mahasiswi berinteraksi serta mengeratkan hungan dengan masyarakat luar dalam mewujudkan perpaduan penduduk.

Ianya adalah antara projek anjuran Jawatankuasa Perkembangan Kebajikan dan Kemasyarakatan, Kolej Kedianman ketiga, Universiti Malaya.

Ketuanya, Abdul Hakim Abdul Ghani, program itu kali pertama melibatkan pengurusan UM melawat dan beramah mesra di Felda Teloi Kanan dengan melihat sendiri suasana kampung dan kehidupan masyarakat yang majoriti bekerja sebagai penoreh getah.

“Ia juga turut memberikan peluang kepada mahasiswa berinterksi dengan penduduk setempat dan mengenali budaya serta cara kehidupan mereka dari segi adat budaya khususnya masyarakat Felda.

“Walaupun berpendapatan rendah tetapi didikan diberikan anak mereka begitu baik dengan menghantar ke sekolah kerana dengan menuntut ilmu dapat mengubah nasib keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, ia secara tidak langsung akan memupuk sikap prihatin dalam kalangan mahasiswa terhadap masyarakat di luar bandar.

Abdul Hakim berkata, seramai 54 mahasiswa dan mahasiswi terlibat menerima keluarga angkat untuk lebih mendakati cara kehidupan sebagai orang kampong.

“Selain itu, mereka ini turut memberikan motivasi kepad anak Felda dengan kata-kata semangat supaya terus berminat menuntut ilmu.

“Sebagai pelajar UM, kita memberikan contoh dan galakan supaya ibu bapa turut membantu mendidik anak agar dapat mewujudkan minat belajar, bukan menjadi alasan kehidupan susah untuk tidak boleh berjaya,” katanya.

Beliau berkata, program itu memberikan peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi menjadikan aktiviti kemasyarakatan itu sebagai tempat untuk berbakti pada masyarakat Felda.


Sumber:

SINAR HARIAN
Jumaat, 30 Januari 2009

Friday, February 6, 2009

KOD ETIKA PAKAIAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA

KUATKAN SEMANGAT DAN TEKAD!!!

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Sedar tak sedar, Semester kedua sesi 2008/2009 sudah sampai ke minggu yang ke-6. "Assignment" semakin banyak, projek kolej juga semakin hangat....sedang berlangsung projek Minggu Kebudayaan India (ICC) dan yang bakal berlangsung Minggu Penghayatan Islam, Malam Anugerah Kurshiah, Ekspo Pendidikan, Bulan ICT dan banyak lagi...Peserta-peserta SUKMUM dan FESENI pula sedang giat menjalankan latihan bagi memastikan kemenangan milik KURSHIAH. Namun, jangan jadikan aktiviti kolej sebagai alasan kita untuk melupakan tujuan sebenar kita datang ke Universiti Malaya ini. Ingat, ilmulah yang mengangkat martabat seseorang. Tetapi, jangan pula terus mendiamkan diri dari melibatkan diri dalam aktiviti kolej kerana di sinilah platform yang terbaik untuk kita mempelajari dan mengasah "softskill" kita. Oh ya, sebelum terlupa, sekalung tahniah atlit-atlit Kurshiah yang berjaya mendapat tempat di dalam SUKMUM fasa 1 dan juga tahniah buat peserta dan AJK OPKIM yang berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka kepada masyarakat baru-baru ini. Ingat, aktif aktiviti kolej tidak semestinya anda perlu melupakan "assignment" anda..Renung-renungkan...

Friday, January 9, 2009

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASSYURA@KK3


JKP Balai Islam Kolej Kediaman Ketiga akan mengadakan program memasak bubur assyura pada hari SABTU, 10 JANUARI 2009, bertempat di HADAPAN SURAU KK3.

Sehubungan dengan itu, semua warga Kurshiah dijemput untuk hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Jom turun beramai-ramai!!

Wednesday, January 7, 2009

Don't miss it!!!


KURSHIAH INTRA- VARSITY PUBLIC SPEAKING COMPETITION

VENUE : Bilik Sidang, KOLEJ KEDIAMAN TUANKU KURSHIAH

DATES : 7th 2009 (preliminary rounds)
  20th of January 2009 (finals)

TIME : 8.30 pm


All Kurshiahans are invited!

Kempen Derma Darah@KK3


Setitis darah anda dapat menyelamatkan nyawa orang lain. Jom sertai kempen derma darah anjuran Perubatan Transfusi Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan kerjasama JKP KEMAS KK3 pada tempat & tarikh seperti berikut:

>8 Januari 2009

>10pagi- 4petang

>Bilik Sidang KK3

UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI MALAYA

gerak

gerak

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA