Followers

Wednesday, April 15, 2009

PERUTUSAN PRESIDEN SEMPENA BULAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2 SESI 2008/2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera...(“,)
Ni Hau Maa...(“,)
Namastee...(“,)
Kaifa Haaluk? (“,)

“Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”
(At-Taubah; 122)

Bulan peperiksaan datang lagi. Berduyun-duyunlah warga Kurshiah berkejar ke Perpustakan, Dewan Makan, Bilik Bacaan dan Sebagainya. Tidak kurang juga yang mengisytiharkan perintah berkurung terhadap diri sendiri dengan harapan dapat menelaah pelajaran yang sekian lama di tinggalkan (bagi mereka yg jarang studi).

Ahli Keluarga Kurshiah Yang Dikasihi,
Bagi anak Kurshiah beragama Islam, dalam mengejar kesibukan kita menelaah segala ilmu pelajaran, jangan kita sesekali melupakan perintah Allah dan Rasulnya. Benar, kita amat penat dengan tanggungan otak yang maha banyak untuk di ingat dan di hafal, namun, tanggungjawab kita terhadap Pencipta wajiblah mengatasi segala-galanya. Bahkan di saat getir sebeginilah kita seharusnya meningkatkan amalan dan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T agar mudah-mudahan segala ilmu yang di pelajari tidak tamat sekadar bergraduasi semata-mata.

Tempoh hampir 11 bulan bersama dalam sesi 2008/2009 ini benar-benar mewarnai seribu kenangan buat kita semua. Kita telah merasai pahit getir kesusahan dalam perjuangan bersama-sama. Masih terkenang di ingatan saya betapa bersungguh-sungguh seluruh warga Kurshiah menjayakan setiap program sepanjang sesi ini. Melayu, Cina dan India semuanya besungguh-sunguh. Malah, tanpa mengenal erti takut dan lelah, warga Kurshiah tetap bersatu dalam menempuh apa jua halangan dan rintangan sepanjang sesi ini berlangung. Masih terpahat di hati saya betapa gagahnya anak-anak muda Kurshiah mempertahankan hak-hak mereka sewaktu Kolej dilanda masalah air yang meruncing Ogos tahun lalu. Begitu juga semangat kental serikandi-serikandi Kurshiah menempelak pihak JPPHB dan Pengurusan berkenaan isu pencerobohon Blok A dan B. Tahniah di atas keberanian kita semua! Inilah pejuang Penggerak Mahasiswa sebenar!Hidup atau Mati, hanya Kebenaran!

Kini, ayuh kita sama-sama bangkit. Pertempuran di medan peperiksaan lebih payah untuk di rentasi. Terang biru putih medan peperangan bukanlah pelemah semangat bahkan sinar cahaya di bangunan klasik tidak bercat di hadapannya harus jadi kekuatan jiwa.

Anak-anak muda Kurshiah sekalian,
Sesi 2009/2010 lebih mencabar, bahkan ianya turut di calari dengan krisis kewangan yang semakin meruncing. Ribuan pekerja di sektor swasta terpaksa di berhentikan ekoran ketidakmampuan syarikat-syarikat domestik menanggungnya. Ramai yang terpaksa gulung tikar, tidak kurang yang terpaksa menggadaikan ijazah dengan nilai kerja setaraf PMR. Hakikat ini harus kita renungi bersama.

Justeru, apa perlu ditunggu lagi, ayuh sama-sama berjuang mendapatkan keputusan terbaik bagi semester ini. Jangan di pandang cerun yang curam, andai diri merasa gayat. Tapi, pandanglah tingginya ilmu, kerna itu warna kejayaan! Selamat Menyambut Bulan Peperiksaan Semester 2 2008/2009! Satu cita-cita, satu impian bersama, 1 Malaysia! UM is One!

WAN HASIF WAN MUHAMAT ALI
Anak Kurshiah,Anak UM, Anak Malaysia.

Wednesday, April 8, 2009

IMPORTANT NOTICE : Course And Teaching Evaluation System

This is to inform that the online (web based)Course and Teaching Evaluation System for Semester II, Session 2008/2009 will start from the 10th of March 2009, 8.30 am and end on the 17th of April 2009, 11.59 pm. It is COMPULSORY for all first degree students to evaluate the courses they have registered in the current semester.

Students have to log into the Course and Teaching Evaluation System (CTES) by browsing http://umctes.um.edu.my using the perdanamail account. Please take note that students who fail to do the Course and Teaching Evaluation within the given period will be barred from the online early registration for courses in Semester I, Session 2009/2010.

Thank You.

Date: 5 March 2009
Released by: Academic Division

University of Malaya


Tuesday, March 31, 2009

ATTENTION TO FINAL YEAR STUDENTS!!!(GIRLS ONLY)

MAJLIS JAMBATAN KASIH


Masa: 9.30-11.30 malam, be punctual…

Tempat: court badminton,depan surau kk3

Tarikh: 17 april 2009, jumaat mlm sabtu…

Tema pakaian: menutup aurat

Majlis ini khas diadakan untuk semua final year students (girls only). Shbt2 yang 3rd year yg ada 1 tahun lg,kalian pun dialu2kan..actually,penganjur tidak mengamalkan apa2 diskriminasi,hehe…Satu majlis tidak formal yang amat2 simple,sambil2 makan, motif hanya semata2 sebagai satu program bersama yang terakhir (mungkin) bg kita kat sini, motif yang tersembunyi ada gak,tp tu kena masing2 berfikir,hehe..kalo xdapat gak,kita brainstorm ramai2, hehe...sedikit pengisian program yang akan dibuat,insyaAllah…

Kalau ada apa2 cadangan untuk pengisian,blh inform kami..insyaAllah,kita pertimbangkan…

Sesiapa yang berminat, blh bagi nama anda kepada wakil program iaitu:

1. rohaida (4th year) 0174045658

2. linda (3rd year) 0122425638

atas sebab2 tidak ada sponsor(hehe..),majlis ini terpaksa memohon sponsor daripada sape2 yang nak terlibat...rm5 sahaja.

Nama2 yang ingin terlibat hendaklah dimaklumkan kepada wakil program selewat2nya hari ahad, 12 april 2009...segalanya yang dirancang,mg2 dipermudahkan..apapun,hanya Allah yang menentukan segalanya..

Friday, March 27, 2009

dabat bahasa melayu

perempuan vs lelaki???pastinya perempuan yg menang!

juri yg sedang tekun membuat pengadilan

pengarah menyampaikan ucapan

hmm...ape nak jawab nie??

committee in action


Sekalung Tahniah kepada pemenang!!!

tempat pertama: Kolej Kediaman Ke-12
tempat kedua: Kolej Kediaman Ke-1

festival wau

Hm..sambil buat wau pun boleh posing lagi..

zul + fizie~sanggup lupakan latihan feseni sekejap

merekalah juara....

pasukan 2nd year..

baca apa tu adura??

Tuesday, March 17, 2009

Ekspo Pendidikan & Bengkel Nasihat ke IPT

        Pada 7 Mac 2009 JKP Akademik & Intelektual dengan kerjasama Biro Pendidikan Umno Tg. Malim telah menganjurkan Ekspo Pendidikan 2009.

       Ekspo yang berlangsung di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi ini telah disertai oleh 21 buah IPTA/S. Pihak JKP sendiri telah mewakili UM dan telah mengadakan pameran. Ekspo ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM/STPM mengenai hala tuju mereka selepas ini untuk melanjutkan pelajaran mereka.

      Sasaran pelajar adalah dari sekolah-sekolah sekitar Slim River dan Tg. Malim. Majlis penutup telah dirasmikan oleh YB. Ahmad Khusairi, Adun kawasan Slim.














Thursday, March 5, 2009

PESTA TIONGHUA IV



Projek Pesta Tiong Hua IV (PTH IV) merupakan satu projek yang julung kali dirancangkan oleh Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Tiong Hua (PKKTH) dengan harapan akan menjadi tradisi kepada persatuan pada setiap tahun.

Projek ini bertujuan memperkenalkan keunikan budaya Tiong Hua kepada seluruh warga kolej kediaman yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza. Selain itu, pelaksanaan projek ini merupakan satu langkah persatuan mengekalkan kepentingan budaya Tiong Hua seiring dengan tujuan utama penubuhan PKKTH. Antara persembahan yang akan diadakan ialah Yoyo Cina, TarianTradisonal Cina, Orkestra Cina, wushu dan lain-lain.

Nama Projek

Malam Seni Dan Kebudayaan Tiong Hua ke-4

Objektif

Memperkenalkan budaya Tiong Hua kepada seluruh warga kolej kediaman melalui persembahan pentas

Tarikh

10hb Mac 2009

Masa

7.00malam-11.45pm

Tempat

Belakang Blok E, Kolej Kediaman Ketiga

Blog

http://pestationghua.blogspot.com

Perasmi

Dato' Seri Ong Ka Chuan




UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI MALAYA

gerak

gerak

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA

KOLEJ KEDIAMAN KETIGA